Alhamdulillah, ungkapan yang meniti di bibir bilamana Allah masih memberikan peluang untuk menghirup udara segar di pagi hari yang sangat bersejarah ini. Tanggal 12 Rabiulawal, suatu tarikh yang sangat istimewa dalam sejarah islam. Tanggal dimana lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kekasih ALLAH.
Marilah kita merenung dan menghayati kehidupan Rasulullah s.a.w. mudah-mudahan menjadi ikutan kita bersama....
Rasulullah dikenal sebagai pemimpin. Datang kepada beliau unta-unta penuh muatan, zakat emas dan perak. Dengan kekuasaan yang sangat besar ini, bagaimanakah cara makan Rasulullah? Samakah dengan para pemimpin dan para raja umumnya? Jangan terkejut bahawa sebenarnya Rasulullah tidak pernah kenyang. Makan hanya sekadarnya saja, bahkan beliau sering kekurangan makanan sehingga memaksanya untuk berpuasa.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a beliau berkata,
" Keluarga Muhammad belum pernah kenyang dari roti dan gandum selama dua hari berturut-turut sampai Rasulullah meninggal." (HR Muslim)
Bahkan kerapkali Rasulullah tidur tanpa sesuatu mengisi perutnya. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,
" Sesungguhnya Rasulullah mangakhiri malam-malamnya tanpa makan malam, kalaupun ada roti, itupun roti kering yang dibuat dari gandum." (HR Muslim)
Masaalahnya bukan kekurangan. Akan tetapi, seringkali harta melimpah datang, baik melalui rampasan perang maupun lainnya, namun kerana Allah telah membimbing beliau kepada kesempurnaan akhlak.
Dengan makanan yang sangat sedikit ini, beliau banyak bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan-Nya.
Bagaimana dengan cara makan kita?

No comments:
Post a Comment